Friday, July 29, 2011

Jika Kau Tahu part 1

ASSALAMMUALAIKUM,,

Okey,,lihat tajuk entri betul-betul, kerana apa yg anda baca nnt mungkin.....

       Dah lama aku tak jumpa dia. Kesibukan dan kekangan masa membuat perasaan rindu terhadap dia semakin menebal. Benar kata orang percintaan jarak jauh betul-betul menguji kesabaran dan kejujuran terhadap pasangan masing-masing.

"Oi..mengelamun panjang nampak, adverstisement tadi dah print ke?" sergah Laila pada Aizat. Aizat tersengih.
"Sudah, Ah Meng dah ambil tadi.." jawab Aizat sambil menatap kembali skrin komputernya.
"Bro..kau dengan dia dah ok ke?" tiba-tiba Laila menyorong kerusi dan duduk bersebelahan Aizat.
" Siapa?" Aizat buat-buat tidak tahu. Hatinya sudah cukup terguris. Bimbang terluka lagi.
"Mia lah....hari tu kau kata kau gaduh dengan dia" Laila mengeluarkan laporan tak rasmi.
Aizat tersenyum memandang keletah rakan sekerjanya yg sudah dikenali sejak dizaman bangku sekolah.

"Aik, senyum je? Tak de laporan harian ke?" tanya Laila lagi.
"Tak de la Ila..aku malas na kacau dia..biar dia relaks..mungkin salah aku jugak kot"
"Kau ni memang ta gentle la Zat, da tentu awek kau yang buat hal, apsal kau na back up die gak?" Laila makin panas hati, terlalu kerap Aizat mengalah berbanding kekasih hati Aizat.
Aizat diam. Dia pasti, mesti ada perkara yang terjadi pada kekasihnya sehingga kekasihnya tidak mengangkat telefon bimbitnya.

........................................................................................................................................................

Sesekali dia tersenyum sendiri. Dia pasti dia akan berjaya jugak. "Saya amik Isnin depan ea" pesannya pada juruwang yang agak tembam itu.
"Minggu depan? Lambatnye dik.."
"Hehehe...tape..akak siapkn order ni hari Jumaat or sabtu.. bolehkan?"
"okey"
Dia melangkah keluar, sesekali dia mengerling ke arah jam tangannya, bimbang terlambat janji temunya nnt.

Sesekali dia menoleh ke arah kanan, dengan harapan bas yang ditunggu dari tadi sampai, namun penantian harus dipanjangkan lagi. Matanya menatap skrin telefon bimbitnya.Dia menarik nafas panjang. 'Bersabar Mia..' ternyata hatinya begitu tabah.
......................................................................................................................................................

"I'm sorry Miss Liesya, this lab report is true..even my staff do double check-up on you, and we can't doubt this report anymore..its true..hope you can face it" Dr. Lee cuba meyakinkan Meliesya.
"Its okay doctor, i must face it..and thanks for ur support during this period, i've really appreciate it.." ujar Meliesya dengan slanga Amerika English yang lancar.
" Its my pleasure to help u....I can't almost believe it that you have this cancer, its must genetic factor, i guess" pernyataan Dr. Lee membuat Meliesya tertanya.
" What do u mean?" tanya Meliesya
" Ur dad, he also died because of this cancer..u dont know about this?"
"No..since he divorce my mama, i dont know anything bout him, till the day he die.."
"i'm sorry Liesya"
"It's okay Dr, i better go know...and please, keep this matter P&C okay,  i trusted you" perjanjian dimeteraikan. Dr. Lee mengangguk tanda setuju. Matanya melihat tubuh gadis muda itu berlalu pergi,timbul rasa simpati di hatinya. Gdis itu sudah mempunyai kehidupan yang sempurna namun masa tidak mengizinkan dirinya untuk menikmati kesempurnaan itu.
.........................................................................................................................................................

Tag pelajar UTM tergantung di lehernya ditanggalkan, bahang tengahari semakin dirasai. Sesekali dia mengelap peluh didahinya. Resit tempahan tadi di masukkan dikoceknya, bimbang tercicir. "Subhanallah, panasnya..." ujarnya sendirian. Terdapat beberapa orang lagi di bus stop yang masing-masing menahan bahang tengahari itu.
"Assalamualaikum.." tiba-tiba ada satu suara menegurnya. Dia pasti, itu lelaki. Dia senyap. Menjawab tidak, menoleh pun tidak.
"Tak jwb dosa.." tegur suara berkenaan.
Dari jauh kelihatan bas yang bakal dia naiki, beg sandangnya diperkemaskan. Dia tidak mengendahkan teguran lelaki berkenaan.
"Awak naik bas ni ke?" tanya lelaki itu lagi. Senyap. Tiada tanda tegurannya tadi akan dibalas. Sampai sahaja bas itu didepan gadis tersebut, dengan segera gadis itu melangkah masuk 'Ya Allah, semoga lelaki tu tak naik bas dengan aku'
"Mia?"
Mia terus menoleh, dia ternampak jejaka tersebut memegang tag pelajarnya. "Ini awak punya kan, Mia?" saja lelaki itu menekan nama Mia. Muka Mia berubah merah. Malu. Dia mengangguk tanda mengaku. Baru sahaja lelaki itu menghulurkan tag namanya, tiba-tiba bas itu bergerak.
Lelaki itu menepuk dahinya sendiri. "Ya Allah, ini bukan bas yang saya nak naik" ujar lelaki tersebut. Mia berasa bersalah, mungkin lelaki tu naik ke bas semata-mata na bagi tag namanya.
"Err, saya mintak maaf sebab menyusahkan awak" ujar Mia sambil menyambut huluran tag namanya dari lelaki berkenaan.
"Tak ape...nanti saya boleh berhenti kat bus stop depan" ujar lelaki tersebut.
Mia mengangguk. Diam.
"Saya Aizat.." bermulalah detik perkenalan mereka...

No comments: