Sunday, August 7, 2011

Semua kerana cinta~

ASSALAMUALAIKUM

                  Okey hari ni aku na bercerita tentang cinta. Sebelum tu..mari kita wikipedia dulu apa makna cinta k...
Ini makna cinta dari wikipedia
Cinta merupakan satu ukuran asas pengalaman manusia yang memberikan antaranya, perasaan kasih sayang, tarikan, asas kemesraan dan keserasian antara perorangan, rela berkorban untuk orang lain, perasaan tertarik dan hubungan kepada alam, benda hidup ataupun makhluk lain. Ia dapat ditunjukkan melalui perasaan, emosi, kelakuan, pemikiran, persepsi dan sikap. Ia mempengaruhi, mendasari dan menentukan pola utama hubungan antara perorangan dan pengenalan diri

Okey terselit sekali makna cinta jarak jauh..



Okey, logik akalnya...cinta mmg susah na di describe melainkan kita dah merasakannya sendiri. Sekarang aku memandang cinta adalah suatu anugerah Allah yang sungguh indah, mampu menyemai erti kasih sambil di sulami cetusan rindu. Anugerah yang terlalu agung ini mampu membuat seseorang itu mencipta dunia yang lebih indah dari dunia asalnya.

Kekuatan cinta terlalu hebat sampai tiada seorang mampu mengukur kekuatan cinta. Bukiti cinta itu kuat? Lihat sahaja Taj Mahal yang terbina atas dasar cinta. Memang cinta merupakan ciptaan Allah yang betul-betul mengikat hati kita. Namun cinta itu diciptan-Nya agar umat-Nya mencintai dan mengagungkan-Nya.

SUngguh manusia tidak lepas dari mencintai sesama sendiri. Dan keasyikan cinta itu kadang-kadang membuat kita alpa dan lupa kepada siapa seharusnya kita memberi cinta. Namun tidak dinafikan, cinta sesama manusia juga harus kerana ingin memnuhi tuntutan ibadah dimana seorang lelaki dan wanita harus berkahwin. Kerana kahwin itu ibadah. Perlu diingatkan ibadah itu kita lakukan demi Allah. Bukan kerana kita sesama manusia.

Cinta amat mahal takrifnya.

No comments: