Thursday, October 10, 2013

Terguris sedikit lagi..Tabahlah Cik Ayu

jauh dibenak hatiku..
ada kebenaran yang aku tidak ingin tahu.
anggan ku singkap segala. hatiku pasti dapat merahsiakan.
 
tiba satu nota.
 
pantas menggores hati. kejutan diberi umpama
halilintar membelah  bumi.
ini hakikat mungkin ilusi.
nyata hati tidak dicipta dari batu.
satu ayat bisa menghiris pilu.
satu kebenaran meruntun jiwa.
 
tanah dipijak seakan hilang.
dahan ku paut seakan rapuh.
bangkit dari lemah. bisik hati berpura tabah.
ini benar-benar masanya.
 
teruskan perjuangan hati Hawa.
terguris ini seketika. mungkin tiba masa.
airmata gembira akan mengalir.
hanya masa harus dihitung.
sabar hati. sabar jiwa. tabah hati. tahan disakiti.
 
 
There a verse Allah sent for all of us. To remind us Allah is Almighty.
Kun fayakun.
have strong heart.use it.

No comments: