Friday, March 28, 2014

Gadis MILO

Assalamualaikum..hari ni aku..AyuDania, mencabar diri aku sendiri untuk buat satu cerita pendek dalam masa kurang 20 minit. Hope aq dapat buat cabaran ni.. bismillah.. challenge!


GADIS MILO

“Ini basket ball..bijakkk…bukan bola jaring. Kalau macam ni lah cara kau, sampai bila2 kau tak boleh masuk team aku.” Libas rambut.
‘Ciit..aku mana tau beza bola tu..yg aku tau bola tu bulat..haish’ bebel sorang2 lagi Gadis Milo ni. Berlari-lari dia ke stor sukan, kadang2 ikatan tudung dia betulkan.
Saja dia ikat tudung dia macam makcik jula nasi lemak kat depan sekolah tu (ala typical penjual nasi lemak punya tudungla-yang ade yang ikat ribbon besar tu) lagi selesa. Tak macam minah Salleh tu, suka-suka hati je nak bukak tudung.
‘Macam sekolah ni bapak dia punya’ ngomel sendirian. “Woi Gadis Milo..tak kenal2 bola jaring lagi ke?”
‘Ok ade orang tegur aku..unbelibebel betul. Ok breathe in..breathe out..kot2 ni cinta monyet aku’ dia toleh sekeliling. Segenap bilik stor dia perhatikan. Tade sesapa yang bernyawa pon disitu. Melainkan kayu hoki, jaring gol, racket, bakul, bola sepak, bola baling, bola tenis, bola tampar, tiba-tiba semua jenis bola dia kenal.
“tak payah nak cari sangat, kau takkan jumpa aku punya..” suara tu berbunyi lagi.
‘ah sudah,,apehal pulak takkan jumpa’
“Kau sape ha? Apsal kau na tegur2 aku?” lantang. Macam berani sangat.
“wah-wah..pandai pun bercakap, fikir bisu tadi..”
Sesekali matanya mengerling kearah pintu stor, jangan lah pintu tertutup. Punah harapan dia nak keluar dari situ nanti.
“aku tau nawaitu kau..” suara tu berubah kepada suara yang agak menyeramkan. Gadis Milo tampakkan dirinya cool.
“Apa maksud kau?” setapak kearah pintu.
“Kau psikik ke, sampai tau apa ada dalam fikiran aku?” setapak lagi kearah pintu
“Well-”
“Well? Kau pandai cakap omputih ke?” setapak lagi..
“Aku..”
Kini bertapak-tapak Gadis Milo lari kearah pintu
BAAMMM!!
Pintu tertutup rapat. Begitu juga dengan mata Gadis Milo..
“Aku da berjaya keluar! Yess!”
“Ape kau merepek ni? Bercakap tutup mata..cer kau bukak mata kau?”
Perlahan-lahan mata Gadis Milo bukak, satu lembaga berambut panjang, berbibir merah berada dekat di batang hidungnya.
MAKKKKKKK
Pitching yang paling tinggi keluar. Even, gelas wine pon boleh pecah.
“Melor binti Ibrahim!!! Kamu dah kenapa??” Mdm Letchu memandangnya. Merengus, seolah-olah ada asap yang keluar dari lubang hidungnya.
“err..madam..sori madam..” Gadis Milo perhati sekeliling. Minah Salleh mencebik. Kawan-kawan lain ketawakan dia.. hurm..layak ke kena panggil kawan.
“Sekarang, ambil buku teks, letak atas kepala berdiri disebelah papan hitam..SEKARANG!” uiihh.. pitching Mdm Letchu lagi high. Bingit telinga.

No comments: