Friday, April 4, 2014

Nama Aku ROI

Assalamualaikum..cabaran ke 3 cerpen 20 minit AyuDania! Nak realisasikan watak untuk En Amir kite! Peringatan, cerita ini tiada kena mngena antara hidup dan mati, semua jalan cerita yg ditulis hanya imaginasi penulis semata. So,,lets enjoy. –Roi-

-Roi-
                Nama aku Roi. Nama panjang aku, Mohd Hattan Al-ayubi bin Hassan. Smart kan nama aku? Dari mana munculnya nama Roi? Korang kena tahu gaya hidup aku, baru la tau dari mana asal nama Roi tu.
15 tahun yang lalu.. (current age 30) aq antara budak2 sukan yang cukup hot. “Roi, turun training petang ni!” jerit Kucai.
“argghh..aku malas, korang training je dulu..aku posisi aku ta penting sangat” kadang2 penat training..maklumlah,,antara calon pemain harapan sekolah.
“Ko jangan, Roi..posisi ko penting..hangus kitorg lau kau tade..” pujuk Kucai.
Aku tak boleh buat ape,,,dia da pujuk aq..aq senyum je lah sambil jawab “Kalau aq free, aq datang” haa,,Nampak ta..ayat budak hotsetapp ko..hahha
Petang tu aq turun training cam biasa. Aq tengok budak2 ni ta warm-up pon. Sibuk main2. Aku benggang tol.
PRIITTTT. !!
Saja aq tiup wisel. “Korang kalau na turun training, buat cara training..ni sibuk plak main kejar2..ape hal?”
“sori ar Roi..budak2 ni bukan na dengar cakap aku..”Limau ke depan jelaskan situasi.
“Mana dorang nak dengar cakap kau..dah kau join dorang sekali!” bentak aku kasar. Aku kalau bab latihan memang aq strict..masa untuk berlatih diperuntukkan 3 jam, tapi dorang habis kan setengah jam untuk bermain2.
“Start warm-up sekarang!” satu suara garau kedengaran dari belakang. Cuak muka Limau, Kucai and the geng. Aku? Sikit pon tak tersentak. “Roi, boleh amik tempat..” ujar Abah a.k.a Cikgu Leman
Aku tersengih macam kerang busuk,, ade byk benefit jadi anak coach, antaranya, boleh jadi coach tak bertauliah.
Aku terkekek menahan gelak bila abah paksa dorang bumping. Sebagai denda sebab main-main waktu training.
“posisi macam biasa, team A lawan team B,,ingat ini untuk pemilihan wakil sekolah, bukan wakil rumah sukan. Ada rezeki, nnt cikgu cadangkan nama pemain yang terpilih untuk wakil daerah.” Abah bercekak pinggang ditepi padang.
Bola sepak ade lah game yang paling legend pernah wujud dimuka bumi ini. Yang diperlukan 2 pasukan pemain bole sepak sebijik bola sepak dan sebuah padang. Letak bola kat tengah2..pastu kejar bola sampai masa tamat. Itupun da cukup untuk penuhkan satu stadium old Trafford dengan jeritan peminat2.
“Roi..bola-bola” minta si Long. Aku bagi bola “Long tali kasut ko tu gunting aje kalau ta reti ikat” peril aku. Hurm tade deria rasa betul. Long tersengih sambil ikat tali kasut.
Aku dgn abah memang rapat. Sejak kecik, aku join die tgk,main,coaching bola sepak. Kira bola sepak yang satukan kitorg.
Sampai satu hari..
“Abah..apsal nama Roi, Roi?”
Abah yg tengah minum kopi terdiam sekjap.
“ni semua sebab arwak mak kiah lah..” jawab abah.
“apa kena mengena mak kiah dengan keluarga kita pulak?” aku ingat masa aku kecik-kecik dulu, mak kiah selalu jaga aq time abah mengajar.
“panjang citernya, Roi” abah bg statement klise,
“Tape Roi sanggup dengar” aku kalau2 bab mencungkil kebenaran ni memang fevret. Yelah kot2 nickname aku na ade bersangkut paut dengan kerabat diraja ke..mana lah tau.
“sebenarnya, masa arwah mak kamu meninggal, mak kiah ada disisi mak kamu, mak ada bisik something kat mak. Selepas bisikan tu, mak kiah pesan –Leman..kau letak lah apa nama sekalipun kat budak ini, tapi yang penting kau kena panggil dia Roi- ha..tu pesan mak kiah”
“Klu abah tak panggil nama Roi apa jadi? Ape yang mak bisik kat mak kiah? Apa maksud nama Roi?” haa..bertalu2 soklan, Abah terdiam.
“Roi tu..nama mak kamu..Rozaimah..abah dan kenalan2 mak kamu dulu panggil dia imah..tak pernah panggil Roi.”
Aku tercenggang sekjap.
“mak kamu teringin kena panggil Roi..tu yang dia last minit ckp dkt mak kiah, sruh abah panggil kamu Roi, kononnya tanda ingatan” jelas abah
Aku tak tau, nak ketawa,,takut kurang ajar, nak sentap, takut abah kecik ati, aku senyum je..
Sekarang abah dah tade, tapi citer pasal nickname Roi tu masih aku ingat. Abah jadi legend kat skola sebagai coach bola sepak terbaik. Aku pun tengah berjinak2 untuk sambung legasi dia.
Tapi satu lagi persoalan..nama nickname abah Leman..padahal nama dia Hassan. Ha..Sudah~..takkan nenek aku dulu teringin nak dipanggil dengan nama Leman. Hahahahah .

1 comment:

Pakej PFP said...

ahahah..best pula citer ko kali ni