Wednesday, September 3, 2014

Setelah bertahun.

Assalamualaikum..

Tak sangka kan,,,setelah lama berjuang,setelah bertahun,,akhirnya Cik Ayu kecundang. Penat..susah payah bangkit dari kelemahan diri sendiri..tapi disebabkan satu CONFESSION Cik Ayu terjatuh lagi, hampir kecundang. Tersadung dek kelemahan diri. Aishhh..penat jadi lemah tau.

Haha..mesti korang tak paham apa yang Cik Ayu bebelkan ni. Takpe...post ni hanya tuk Cik Ayu sorang je yang paham. korang sekadar baca shj. Hehe..sori la kalau kandungan post ni buat korang migrain, sbb ta paham ape yg Cik Ayu cuba sampaikan.

Cik Ayu kalah,,kalah dengan permainan yang Cik Ayu cipta sendiri..2 tahun..mungkin hampir 3 tahun, Cik Ayu hidup dalam kekuatan yang buat Cik Ayu terus kuat. Kuat bukan kerana unsur positif. Lebih kepada negatif, mungkin.

EGO. Ya..ego lah kekuatan Cik Ayu, gadis yang sentiasa berani..sentiasa menyahut cabaran ni hidup berlandaskan EGO, pantang dicabar, pantang dikalahkan, EGO Cik Ayu bantu Cik Ayu tuk hadapi semua dengan tenang, mungkin.

Tapi..disebabkan satu CONFESSION, disebabkan satu kejujuran. Cik Ayu tersadung, EGO yang Cik Ayu banggakan pun tak dapat tolong Cik Ayu. Ternyata, Cik Ayu hidup dalam kepuraan. Pura-pura kuat,pura-pura hebat..pura-pura mampu hadapi semua. Padahal, EGO yang buat semua tu...bukan Cik Ayu.

EGO.JUJUR. Mungkin Cik Ayu tersilap pilih jalan. Cik Ayu sepatutnya hadapi ni semua seikhlas hati, hadapi dengan kejujuran. Kerana itu adalah jalan yang sebaiknya. cemburu kata cemburu. Rindu kata rindu. Benci kata benci. Cik Ayu tak patut berlagak neutral, tak perlu rasa semua okey.

Manusia dicipta penuh dengan perasaan,emosi. Cik Ayu patut gunakan semua tu. TAPI tak, Cik Ayu pilih tuk jadikan hati ini kering. Tiada perasaan. Berlakon dan terus berlakon. Konon kuat. Boleh hidup sendiri.

Lumrah wanita perlukan perlindungan, bukan sahaja dari ALLAH, juga dari khalifah Allah, ADAM. Tapi EGO menghalang semua tu. Hati ni tak sanggup,,kononnya...terima mana-mana lelaki. Sebab EGO ni berkata AKU BOLEH HIDUP SENDIRI. 

SENGAL. Ya..statement terbaik tu Cik Ayu yang kuat ni..hahah..serve u right. Terima lah semua ni Cik Ayu.

Dan buat jejaka diluar sana..bukan Cik Ayu nak berbangga diri...Cik Ayu memang sukar didekati,mungkin ada yang tak boleh terima dengan perangai Cik Ayu. Cik Ayu faham..maaf EGO Cik Ayu masih menguasai.

Doakan yang terbaik tuk Cik Ayu.

Dan buat awak yang try saya..saya minta maaf sebab kecewa kan awak, bukan niat saya, tapi lebih elok mcm ni dari awak berterusan sakit hati. maaf, awak tak dapat bukak pintu hati saya, tapi saya pasti ade org lain yang akan berjaya curi hati awak. maaf jika perkenalan singkat kita buat awak lagi sakit. Maaf lagi sekali.

No comments: